Archive for March 19, 2009

CANDID UUM

Beratur... Mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) menunggu giliran bagi menuntut bayaran tambang bas bagi semester lalu. Ini kerana pihak syarikat UNIC telah mengenakan tambang bas yang baru iaitu 0.55 sen sehala berbanding semester 0.40 sen sehala bagi semester lepas. Pembayaran balik diberikan kepada mahasiswa yang mempuyai baki tambang yang lepas. Pembayaran dibuat bermula 15 Mac 2009 hingga 30 April 2009.

FIKIR SEJENAK: PENYERTAAN KURANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah kita telah menyambut maulidurrasul 1430Hijrah pada 9 Mac 2009 bersamaan 12 Rabiulawal 1430H. Sudah tentulah banyak pengisian yang dapat kita timba melalui program yang telah dianjurkan di seluruh dunia.

Apa yang menyedihkan adalah penyertaan dari pelajar Universiti sendiri kurang. Sewaktu majlis pembukaan Maulidurrasul diadakan di dewan Bukit Kachi pada malam Ahad 8 Mac, penyertaan dari pelajar adalah amat mengecewakan. Berbanding dengan pertandingan Dance compotition yang berlangsung di dewan tersebut, penonton yang mengikuti program tersebut ramai sampai tak muat dewan.

Menjadi persoalan kepada saya adalah bukankan di Dewan Penginapan Pelajar (DPP) Bank Rakyat dan SME Bank islam? Kenapa kita tidak meraikan bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW? Kenapa kita sanggup habis duit yang begitu banyak untuk tujuan lain seperti Akademi Fantasia dan sebagainya?

Hari kelahiran junjungan mulia perlu di utamakan kerana dia adalah seorang nabi utusan ALLAH yang membawa kita semua kejalan yang benar. Jadi kenapa kita sebagai umat islam tidak mahu menyambutnya dengan penuh semangat melalui program yang telah dianjurkan oleh pihak tertentu seperti kolej.

Harapan saya pada masa akan datang mahasiswa universiti khususnya mahasiswa Universiti Utara Malaysia dapat menyertai program keagamaan dengan hati yang iklas dan terbuka.

Kurang... penyertaan pelajar perempuan lebih ramai dari pelajar lelaki
Kurang… penyertaan pelajar perempuan lebih ramai dari pelajar lelaki
Ramai... asalkan perkara yang ada hiburan mesti ramai yang mengambil bahagian
Ramai… asalkan perkara yang ada hiburan mesti ramai yang mengambil bahagian