DEMENSI TIGA PENJURU

Tiga agama... penceramah yang berpengalaman mengupas isu nilai masyarakat menyikut pandangan agama masing- masing

Tiga agama... penceramah yang berpengalaman mengupas isu nilai masyarakat menyikut pandangan agama masing- masing

Walaupun hujan lebat, semangat mahasiswa Universiti Utara Malaysia tidak luntur seperti hujan jatuh ke bumi untuk mendengar ceramah bertajuk demensi Tiga Penjuru: Moral Value in Islam, Cristian and Buddhist bertempat di Dataran Ilmu, Dewan Penginapan Pelajar(DPP) Petronas.

Antara panel yang hadir adalah Dr. Jamnul Azhar Mulkan, Mr. Kuilan Suppiyah dan Mr. Tang Boon Guan yang mana mereka arif menenai agama masing- masing.

Isu yang dikupas adalah nilai moral dikalangan masyarakat kita pada hari ini mengikut kefahaman dan kepercayaan agama masing- masing.

Turur hadir adalah Pengetua DPP Petronas, Dr. Mohd Rizal Razali dan wakil dari Pusat Islam.

Setia... walaupun hujan lebat penonton tetap tidak berganjak dari tempat duduk bagi mendengar pandangan dan kupasan dari ahli penal

Setia... walaupun hujan lebat penonton tetap tidak berganjak dari tempat duduk bagi mendengar pandangan dan kupasan dari ahli penal

Advertisements

CANDID UUM

Beratur... Mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) menunggu giliran bagi menuntut bayaran tambang bas bagi semester lalu. Ini kerana pihak syarikat UNIC telah mengenakan tambang bas yang baru iaitu 0.55 sen sehala berbanding semester 0.40 sen sehala bagi semester lepas. Pembayaran balik diberikan kepada mahasiswa yang mempuyai baki tambang yang lepas. Pembayaran dibuat bermula 15 Mac 2009 hingga 30 April 2009.

Beratur... Mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) menunggu giliran bagi menuntut bayaran tambang bas bagi semester lalu. Ini kerana pihak syarikat UNIC telah mengenakan tambang bas yang baru iaitu 0.55 sen sehala berbanding semester 0.40 sen sehala bagi semester lepas. Pembayaran balik diberikan kepada mahasiswa yang mempuyai baki tambang yang lepas. Pembayaran dibuat bermula 15 Mac 2009 hingga 30 April 2009.

FIKIR SEJENAK: PENYERTAAN KURANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah kita telah menyambut maulidurrasul 1430Hijrah pada 9 Mac 2009 bersamaan 12 Rabiulawal 1430H. Sudah tentulah banyak pengisian yang dapat kita timba melalui program yang telah dianjurkan di seluruh dunia.

Apa yang menyedihkan adalah penyertaan dari pelajar Universiti sendiri kurang. Sewaktu majlis pembukaan Maulidurrasul diadakan di dewan Bukit Kachi pada malam Ahad 8 Mac, penyertaan dari pelajar adalah amat mengecewakan. Berbanding dengan pertandingan Dance compotition yang berlangsung di dewan tersebut, penonton yang mengikuti program tersebut ramai sampai tak muat dewan.

Menjadi persoalan kepada saya adalah bukankan di Dewan Penginapan Pelajar (DPP) Bank Rakyat dan SME Bank islam? Kenapa kita tidak meraikan bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW? Kenapa kita sanggup habis duit yang begitu banyak untuk tujuan lain seperti Akademi Fantasia dan sebagainya?

Hari kelahiran junjungan mulia perlu di utamakan kerana dia adalah seorang nabi utusan ALLAH yang membawa kita semua kejalan yang benar. Jadi kenapa kita sebagai umat islam tidak mahu menyambutnya dengan penuh semangat melalui program yang telah dianjurkan oleh pihak tertentu seperti kolej.

Harapan saya pada masa akan datang mahasiswa universiti khususnya mahasiswa Universiti Utara Malaysia dapat menyertai program keagamaan dengan hati yang iklas dan terbuka.

Kurang... penyertaan pelajar perempuan lebih ramai dari pelajar lelaki
Kurang… penyertaan pelajar perempuan lebih ramai dari pelajar lelaki
Ramai... asalkan perkara yang ada hiburan mesti ramai yang mengambil bahagian
Ramai… asalkan perkara yang ada hiburan mesti ramai yang mengambil bahagian

AUKU Perlu Dapat Sentuhan Baru

Wajarkah mahasiswa diberi hak bersuara? Secara umumnya amat wajarlah kerana negara kita mengamalkan konsep demokrasi dan bukanya kuku besi. Selain itu, mereka adalah masyarakat kampus yang menjana sumber pendapatan kepada sesebuah universiti. Tanpa mereka maka sesebuah institusi pengajian itu tidak akan bergerak dan tidak boleh menjana pendapatan.

Apa yang menjadi masalah adalah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU). Akta ini menghalang dari pelajar untuk bangun bersuara dan mengkritik ataupun membuat satu cadangan yang bernas untuk kebaikan pihak institusi tersebut dan pelajar sendiri. Jadi pelajar hanya tahu berdiam diri dan ikut apa yang mereka cakap bagi mengelakan di kenakan tindakan AUKU. Kewujudan akta ini ada kebaikan dan keburukanya, namun terpulang kepada universiti itu sendiri menguruskanya dengan baik dan sempurna.

Nik Mustapha... universiti perlu berubah mengikut masa.

 

 

 

Naib Censelor Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Datuk Dr. Nik Mustapha Raja Abdullah berkata, menerusi pindaan AUKU, proses membuat keputusan di universiti dapat dipercepatkan lagi. Jelas beliau, langkah itu penting kerana pihak universiti tidak boleh teragak-agak semasa membuat keputusan dan mereka perlu bergerak mengikut masa. ‘‘Ini penting untuk memastikan universiti kekal terkini dan relevan. Kita akan tertinggal jika dihambat kerenah birokrasi. Contoh yang paling ketara ialah bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang akan lapuk dalam tempoh satu hingga tiga tahun sahaja,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, (13/12/2008 oleh AU YEONG HOW).

 

Dalam artikel  Utusan Malaysia bertarikh 13/12/2008, Konsep autonomi yang memberi kuasa penuh kepada sesebuah universiti untuk membuat keputusan tanpa campur tangan kerajaan perlu dipertimbangkan bagi membolehkan universiti bergerak lebih fleksibel ke arah mencapai kemajuan, kata Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak.

Beliau berkata, konsep itu boleh membantu universiti di negara ini mencapai objektif mengikut cara mereka sendiri dan sekali gus meningkatkan daya saing masing-masing.

Bagaimanapun beliau menyarankan, ia perlu diteliti dan dikaji secara mendalam sebelum ia boleh dilaksanakan di negara ini memandangkan universiti tempatan terikat dengan pelbagai perundangan yang menyekat kebebasan mereka.

“Konsep autonomi universiti ini mempunyai kebaikan dan keburukannya dan ia bergantung kepada cara kita melaksanakannya. Selain itu, takrifan konsep itu juga perlu diperjelaskan agar matlamat dan hala tuju universiti yang mahu menggunakan konsep itu adalah lebih fokus,” katanya.

Dzulkifli berkata, ketika ini terdapat usaha daripada kerajaan untuk menjadikan sistem pembelajaran dan pengajaran di universiti lebih fleksibel dengan meminda beberapa peraturan di dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

“Saya harap ini akan meningkatkan keupayaan universiti tempatan untuk menjadi lebih maju,” tambahnya.

PANDUAN... setiap institusi pendidikan mempunyai undang- undang yang perlu dipatuhi oleh pelajar

PANDUAN... setiap institusi pendidikan mempunyai undang- undang yang perlu dipatuhi oleh pelajar

Sememangnya akta universiti ini perlu diubah bagi menjadikan universiti bersifat terbuka dan lebih maju setanding dengan negara- negara membangun. Ini bukan hanya dapat memberi kelebihan kepada pelajar tetapi juga kepada institusi itu sendiri. Kini tibalah masanya untuk kita melakukan perubahan. Jika kita boleh ubah sistem pengurusan universiti, kenapa tidak kita ubah sedikit akta universiti ini demi kebaikan bersama. -Tamat-

Bank Rakyat Galakan Pelajar Berniaga

” Saya mahu kamu berniaga secara betul”. Itu kata- kata Pengetua Bank Rakyat, Mohamad Sukeri Khalid, sewaktu berjumpa dengan hampir 25 pelajar.

Beliau mahu pelajar Dewan Penginapan Pelajar Bank Rakyat melakukan perniagaan dengan bersunguh- sunguh seperti ahli perniagaan lain yang mempunyai modal dan kedai sendiri. “Apa yang saya hendak adalah pelajar itu sendiri ada iniasetif sendiri untuk membuat satu perniagaan yang berdaftar dengan

SUKERI... pengetua bank Rakyat

SUKERI... pengetua bank Rakyat

dengan Institut Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi (IPK) Universiti Utara Malaysia (UUM) dan bukanya secara haram”, kata Sukeri.

Jika perniagaan berdaftar kita tidak perlu risau kerana jika perniagaan itu memerlukan modal atau peralatan lain boleh memohon kepada IPK. Hal ini akan memudahkan pelajar dalam melakukan perniagaanya.

Selain itu, bagi pelajar yang melakukan perniagaan makanan seperti nasi lemak, perlu menyediakan nasi lemak itu sendiri kerana jika menggunakan khidmat orang luar untuk mengbuat nasi tersebut risiko adalah tinggi. “Kita tidak tahu sejauh mana kebersihan masakan yang dibuat itu. Kalau terjadi kes keracunan makanan, dekat siapa kita nak rujuk. Jika ada kes sebegini pihak kolej memang tidak akan bertanggungjawab dan jika pelajar sendiri yang menghasilkan masakan ini sudah tentu kita dapat ambil tindakan atas kecuaian pelajar yang menghasilkan nasi tersebut”, katanya lagi.

Seorang pelajar, Mohd Haniff , 23, berkata ada juga kebaikan apabila pengetua mahukan pelajar sendiri berniaga kerana ini akan membolehkan pelajar akan mempraktikan apa yang telah dipelajari selama ini. ” Ini adalah satu permulaan yang baik bagi pelajar melakukan praktikal yang pertama sebelum menempuhi alam pekerjaan yang sebenar”, katanya lagi.

“Ini satu peluang yang amat besar bagi pelajar DPP Bank Rakyat. Bukan senang DPP nak tolong berikan modal dan kemudahan lain. Kita perlu siapkan kertas kerja sahaja untuk melakukan perniagaan yang sama dengan perniagaan lain di UUM ini”, kata pelajar Multimedia semester ke enam, Abdul Khalid. Beliau juga berasa teruja apabila iniseatif yang dilakukan oleh DPP ini untuk menjadikan pelajarnya seorang usahawan yang berjaya apabila tamat pengajian. Hal ini juga amat bersesuai dengan kehendak UUM sendiri yang mahu menjana kekayaan universiti.

Jubli Perak UUM meriah

POTONG... Tan Sri Osman bersama 25 pelajar memotong kek sempena hari jubli perak

POTONG... Tan Sri Osman bersama 25 pelajar memotong kek sempena hari jubli perak

Hujan lebat yang turun pada awal malam tadi sedikit pun tidak memberi kesan kepada warga Universiti Utara Malaysia (UUM) untuk mengadakan Sambutan Jubli Perak universiti di Stadium UUM malam tadi. Walaupun berpayung dan terpaksa meredah hujan, pelajar dan kakitangannya tetap turun memberikan sokongan kepada sambutan ulang tahun ke-25 penubuhan universiti itu. Bertemakan ‘Menggunggulkan Sejarah dan Wawasan’, sambutan Jubli Perak ini dirasmikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU), Tan Sri Samsudin Osman. Hadir sama Naib Canselor UUM, Tan Sri Dr Nordin Kardi serta pegawai-pegawai universiti. Program yang bermula jam 9.00 malam itu dimulakan dengan perarakan lintas hormat 36 kontinjen masing-masing 18 dari pusat tanggungjawab, 15 Dewan Penginapan Pelajar dan masing-masing satu pasukan daripada Suksis, PALAPES dan Pancaragam Pusat Kokurikulum. Kumpulan Pancaragam Pusat Ko-kurikulum UUM mengetuai perarakan diikuti pasukan badan beruniform, pusat tanggungjawab dan dewan penginapan pelajar yang berarak masuk dengan gaya dan cara tersendiri. Kemudian nyanyian ‘Lagu Negaraku’ dan ‘Biru Warn’a dimainkan dan semua yang hadir menyanyikannya secara beramai-ramai sambil diiringi koir Pusat Ko-kurikulum. Apabila selesai ucapan perasmian, kelihatan empat ekor kuda yang merupakan antara gimik perasmian berjalan masuk membawa skrol ikrar untuk diserahkan kepada Pendaftar UUM, Harun Amin dan kemudiannya diikuti pula dengan pertunjukan bunga api. Sejurus tamat bacaan ikrar, pengunjung dihiburkan dengan persembahan kebudayaan iaitu pantomin yang mengisahkan tentang Peristiwa Sintok Berdarah, Nostalgia Darul Aman, kenyataan Tun Dr Mahathir dan sajak UUM sekarang daripada 80 pelajar kokurikulum. Selain itu, majlis turut diserikan dengan persembahan tarian daripada Kumpulan Bidasari Pusat Budaya dan Seni (PBS) UUM yang mempersembahkan Medley Citrawarna Pelbagai Kaum serta nyanyian daripada artis PBS Sukena Md Arif yang mendedangkan lagu ‘Standing In the Eyes’ dan Siti Amalina Azimah Azhar (Kau atau Aku). Kontinjen Jabatan Keselamatan dan Dewan Penginapan Bank Rakyat telah dinobatkan sebagai kontinjen terbaik bagi kategori staf dan DPP dan menerima hadiah yang disampaikan oleh Tan Sri Samsudin. Sempena sambutan ini juga, universiti turut meraikan ulang tahun 25 kakitangan dan pelajarnya yang lahir pada 16 Februari bersamaan dengan tarikh penubuhan UUM dan mereka diberikan peluang serta penghormatan memotong kek bersama-sama dengan Tan Sri Samsudin Osman. Menutup tirai sambutan perayaan Jubli Perak ialah pertunjukan paramotor daripada staf pusat kokurikulum dan sekali lagi pertunjukan bunga api. Program ini disambut dengan meriah sekali dan turut menarik penyertaan pelajar bukan sahaja pelajar tempatan tetapi juga pelajar antarabangsa. – PROUUM ONLINE-

Perjumpaan Dengan MPP Kecoh

Perjumpaan antara pelajar dengan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2008/2009 kecoh apabila mereka tidak berpuas hati dengan isu kenaikan harga tambang bas kepada 55sen(satu hala sahaja) yang bermula pada 17 Jan lalu.

Mereka menyatakan rasa tidak puas hati mereka dengan pihak MPP kerana tidak mampu menyelesaikan perkara ini dengan pihak pengurusan UNIC. Selain itu, ada yang beranggapan bahawa MPP hanya sekadar nama dan tidak mementingkan kebajikan mahasiswa.

Presiden MPP Nur Mohd Saifuddin Salahuddin telah membidas dakwaan salah seorang pelajar yang menyatakan bahawa pihak MPP tidak buat kerja. “kami sanggup tak balik cuti buat reaserch tentang bas. Naik turun pejabat bincang dengan orang atasan lagi, semua ini untuk kebajikan semua mahasiswa terutamanya di DPP Bank Rakyat dan SME Bank”, tambah beliau lagi.


selamat berkunjung ke blog toodak media

Assalamualaikum…

Terima kasih keranan melayari blog toodakmedia. Blog ini adalah blog yang memaparkan mengenai aktiviti dan apa yang terjadi/ berlaku di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Selain itu, kepada sesiapa yang ingin memberi pendapat ataupun komen- komen yang bernas mengenai sesuatu isu yang berkaitan di sekitar kampus ini boleh menghantar artikel anda melalui email- mytoodak@yahoo.com atau boleh menghubungi saya di nombor 017- 4631943.

Di harap anda dapat menetahui sedikit sebanyak informasi dari blog ini. -tq-